Khamis, Oktober 19 2017, 10:35:39 PM ONLINE SALES & SUPPORT 1. 2.
ADVERTORIAL AREA : CREATIVECOTTAGEONLINE.COM
pictures : imteqsolution.com
Seni hias barangan perhiasan - Kole Hiasan
 

Seni stensil, lukisan, tampal dan sebagainya, boleh anda jadikan hobi di masa lapang. Anda atau anak-anak boleh menggunakan kreativiti masing-masing menjadikan bahan-bahan terpakai seperti botol cantik dan menarik sebagai hiasan.

Menurut Zahir Yusof dari Creative Corttage, penggunaan peralatan yang betul juga membantu menyerlahkan lagi kreativiti anda. Selain botol, anda juga boleh menggunakan lilin, tin minuman atau biskut, batu, gelas, kole atau cawan porselin, seramik dan sebagainya. Pastinya bertambah seri apabila ditambah seni hiasan untuk diguna atau sebagai perhiasan di kediaman atau pejabat anda.

 
Bahan & peralatan

Bahan-bahan diperlukan:

  • Kole porselin
  • Marker pen
  • Cat
  • Span
  • Selofan tape
  • Puting kapas
  • Berus
  • Bekas (untuk air)
  Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3
     
  Lekat selofan tape pada kole.   Sapukan sedikit cat warna pada span dan lapkan secara perlahan pada permukaan kole yang tidak ada selofan.   Tanggalkan selofan tape secara perlahan.
  Langkah 4 Langkah 5 Langkah 6
     
  Kemudian sapukan cat menggunakan berus pada bahagian mulut kole.   Gunakan puting kapas untuk membentuk corak yang diingini pada bahagian yang disapu cat tadi.   Gunakan marker pen untuk membentuk corak yang diingini pada permukaan kole (bekas yang ditampal selofan tape). Untuk mengeringkan cat, bakar dalam suhu 150 darjah selsius selama 35 minit.
Hasilnya

Selain sebagai hiasan dan cenderahati, kole ini juga boleh digunakan untuk kegunaan di dapur (set minuman).

Untuk maklumat lanjut dan untuk melihat contoh-contoh seni hias yang lain, anda bolehlah melawat ke laman web Creative Cottage

     

HOME BUSINESS DIRECTORY ADVERTORIAL OUR SERVICES ABOUT US CONTACT INFO
PERHATIAN : Segala maklumat yang dimasukkan diruangan Bisnes Direktori adalah tanggungjawab individu/syarikat tersebut.
Hak milik Terpelihara DUMEI DOT COM . Sebarang pertanyaan sila emailkan kepada
info@dumei.com
Anda adalah pelawat yang ke